Sunday, October 11, 2009

Solo Orienteering 1

Bersambung episod SOLO ORIENTEERING aku yang bermula di Check Point 6


Check Point 6.

Setelah selamat sampai di CP 5 aku ambil kesempatan untuk perlahankan perjalanan kerana agak keletihan . Jalan agak rata so aku dapat berehat sedikit...CP yang seterusnya ialah di Taman Cendawan. Dengan mengambil jalan utama sebagai laluan untuk menghala ke Taman Cencawan akhirnya aku menemui jalan tersebut dan Berjaya menemui Lokasi CP 6 dengan memnaiki menara Taman Cendawan yang aku raya hampir separuh nyawa kerana terpaksa memanjat tangga hingga ke puncak menara. Puas akhirnya Berjaya walaupun aku pasti aku sudah ketinggalan jauh dari peserta yang lain.

Check Point 7.

Destinasi Cp seterunya ialah ke bangunan Iklim 4 musim yang terletak di ats bukit . Laluan yang agak cantik di sebelah tasik dan dikelilingi taman aku rasa mengurangkan sedikit tekanan yang aku alami. Walau bagaimanapun sebelum menemui punch di CP 7,aku sempat bertanya kepada petugas di bangunan tersebut Musim Salji yang djangka tiba pada bulan November hingga disember. Pasti ramai pengunjung yang akan datang.

Check Point 8.

Selepas bangunan Iklim 4 musim CP seterusnya adalah di Lapang sasar Paint ball yang tidak jauh dari CP 7 dan laluan yang agak mudah dengan mengambil laluan utama menghala ke lokasi CP8. Akhirnya tiba di likasi dan sempat ‘ berposing ‘semasa membuat punching pada kad orienteering..walaupun keletihan yang amat sangat..


Check Point 9

Taman Burung.. merupakan CP yang seterusnya dan ini bermakna aku mampunyai 2 CP lagi sebelum menamatkan keseluruhan 10 CP. Laluan ke CP ini di jalan utama dan mudah di lihat melalui melalui jalan utama .. dan akhirnya aku Berjaya menemui CP tersebut.

Check Point 10.

Rumah Tradisi Perak merupakan CP yang terakhir yang perlu aku cari sebelum menematkan orienteering solo aku…Jam hampir menunjkkkan jam 12.00 tengahari.. Aku bersemangat semula untuk meneruskan perjalanan tersebut kerana hanya tinggal 1 Cp perlu aku cari dan kemudian aku boleh rehat di tempat permulaan. Berpandukan kepada peta yang diberi., agak mudah untuk mencari CP tersebut dan akhirnya aku Berjaya mancari Rumah Tradiuisi Perak dan aku meneruskan perjalanan kembali ke CP Asal tanpa berlengah-lengah….. walaupun banyak tenaga habis digunakan..


Satu kepuasan yang tak dapat aku gambarkan setelah selesai menamatkan orienteering solo aku di Bukit Cahaya Seri Alam. Mamang berbaloi kena aku tidak membuat kesilapan ( DUMMY ) sepanjang orienteering tersebut. Tahniah kepada semua kerana berjaya menamatkan orienteering tersebut dan tahniah kepada yang Berjaya mendapat tempat teratas. Walaubagaimanapun aku sekadar menduduki tempat ke -5 dah kira bagus jugak .

Selamat Maju Jaya

No comments: