Sunday, October 25, 2009

Flying Fox


"FLYING FOX"

Dengar sahaja aktiviti 'Flying Fox' , macam-macam yang terbayang . Ape bendanya tu? Instructor kata terbang macam aksi 'Batman' tu ! Betul Ke..Mulanya agak takut juga sebab belum terima taklimat macamana nak buat aktiviti tu . Tapi selepas ditakimatkan .. Ha barulah tahu apa itu Flying Fox. Tahun 1996 bertempat di Tapak Khemah SG Sungkai Perak, semasa aku mengikut kontrak dengan Majlis Sukan Negara untuk projek SUKOM 98' , aku telah didedahkan dengan aktiviti lasak yang bertujuan antaranya untuk menanamkan semangan jatidiri dan keyakinan kepada semua atlit untuk menghadapi kejohanan atau apa juga cabaran yang datang. Flying Fox adalah antara aktiviti yang diwajibkan .. So hendak tak nak semua kena lalui.


Dipendekkan cerita Itulah pengalaman pertama yang pernah aku dan seterusnay pertama kali dalam sejarah hidup aku membuat aktiviti 'Flying Fox'. Perkara lucu yang tak mungkin aku lupakan kerana aku di suruh berdoa .. aku ikut saja doa yang Instruktor baca termasuklah doa makan pun aku baca.. mungkin disebabkan gabrah dan kecut perut tengok sungai yang berbatu bata didepan mata aku akur saja.. Masa turun tu !! pergh !! kecut petut ! dan dan tutup mata. Sampai je kat bawah ade ke patut ada yang tanya ' Yangn hang pi baca Doa makan tu pasai apa? Ini bukan time makan .. Alamak aku baca apa sebelum turun tadai?.. Em rupanya semua instruktor tu saja nak kenakan aku sebab tengok muka dah pucat lesi pun..konon nak hilangkan gabrah aku kot..

Itu semua kenangan lame aku dah basi pun!.


Semalam 24/10/09 aku terlibat dengan aktiviti yang sama. Bertempat tanah tinggi di Belakang Kolam Renang Uitm aku dan rakan-rakan PLK membuat aktiviti 'Flying Fox'. Jam 8.30 pagi dah siap berada di atas Bukit bersama Student Ijazah untuk melihat sendiri bagaimana ikatan dibuat pada pokok untuk aktiviti 'Flying Fox'. Ianya suatu pengalaman kerana aku lihat sendiri peringkat awal bagaimana aktiviti 'Flying Fox' dimulakan. Tak rugi rasanya datang awal. Memang Berbaloi. banyak ilmu yang adu dapat dengan terlibat dengan pembikinan ikatan tali sebelum memulakan aktiviti tersebut. Lebih kurang jam 11.00 pagi, aktiviti dah boleh dimulakan setelah mendapat Green Light dari Pensyarah dan instruktor yang lain..



Giliran aku turun 'Flying Fox' selepas Mala, entah yang ke berapa aku tak pasti.. Aku kira agak bernasib baik sebab barat badan ringan dan aku dapat melakukan aktiviti tu dengan baik . Disebabkan aku pernah buat aktiviti tu perasaan takut tu rasanya tak ada malah aku berani buka mata dan lihat sendiri bagaimana aku meluncur ke bawah. Brek yang dibuat oleh En Hafiz ngamcoi ! tepat-tepat sampai kat pokok to aku dah slow... Syukur, Syukran! Syukran Aku selamat membuat pendaratan dengan baik dengan dibantu oleh pelajar Full Time . Kepada pensyarah dan pelajar Full Time serta Instruktor yang hadir pada pagi tu terima kasih yang tak terhingga kerana semua pelajar PLK dan E-PJJ yang hadir selamat melakukan aktiviti 'Flying Fox'.

ILMU/////

Bagiku, semalam merupakan hari yang bersejarah.. kerana dalam perjalanku mencari ilmu ini aku diberi peluang bukan saja untuk melakukan aktiviti 'Flying Fox' malahan aku berpeluang terlibat sekali dalam persiapan awal pemasangan tali sebelum mengendalikan aktiviti tersebut bersama pensyarah -pensyarah, pelajar-pelajar Ijazah dan instruktor yang lain. Terima kasih kepada semua. Selagi hayat dikandung badan, tak kan aku lupa jasa - jasa kalian..

A 'kum

No comments: