Tuesday, October 6, 2009

Life & SOLO Orienteering

Sebagai kenang-kenangan aku titipkan disini pengalamanku membuat solo orienteering di Bukit Cahaya Seri Alam Shah Alam.


0800 hrs - Aku sampai di tapak parking Bukit Cerakah. Pagi tu hari hujan agak lebat juga. Kasihan kepada sahabat yang menaiki motor pagi tu...Sampai disana aku lihat dah ramai juga temanku yang telah sampai dan beberapa student ijazah yang buat pemasangan orienteering... Sambil membuat lawak.. minta klu langsung tak dapat.. Jawabnya easy! je kak!!.. Lebih kurang jam 10.30 pg Pansyarah sampai dan kami baru boleh masuk dan kemudian dengar penerangan orienteering sekali lalu.. Ini final nak belajar kendalikan kompas kat peta.... Seronok juga difahamkan orienteering kali ini tak payah pakai kompas. ...tapi usaha juga untuk guna komputer takut-takut kena guna nanti..

Check Point 1.

Aku dilepaskan 3 minit selepas 3 perserta di lepaskan... Ready... Go!!!. Selepas catit OP 1 hingga OP 10 ke dalam peta, aku mulakan perjalan orienteeringku secara solo... Jalan singkat aku ambil menghala CP 1 iaitu di Bengkel Basikal. Laluan sawah bendang yang pernah aku lalui 4 tahun lalu tiada perubahan , dan aku menghala terus ke Bengkel Basikal tak jauh dari pintu utama. Ahh!! jumpa pun bengkel.. selamat dah!!! satu CP. Sebagai kenang-kenangan aku titipkan disini pengalamanku membuat solo orienteering di BUkit Cahaya Seri Alam Shah Alam.


Check Point 2.

Selepas Bengkel Basikal CP 2 ialah Surau. Tempat aku pernak gunak suatu ketika dulu…. Lokasinya agak mudah kerana aku pernah ke tempat tersebut. Akku ambil jalan pintas dan akhirnya Berjaya.

Check Point 3.

Kandang Rusa adalah CP yang seterusnya. Berpandukan jalan utama di Taman tersebut agak m udah untuk mencari lokasi Kandang Rusa. Bendera yang menempatkan punch terletak di tengah-tengah laluan ke kandang tersbut .Itulah yang agak mengelurukan sepaya perseta mencari jalan masukke CP 3. Akhirnya aku Berjaya temuinya… terjumpa persrta yanmg lain meminta bantuan tetapi aku syorkan cari sendiri di kawasan berhampiran..

Check Point 4.

Laluan mendaki bukit untuk mendapatkan punch di CP 4. Kederat yang ada aku gunakan sepenuhnya. Rasnya air 100 Plus hamper habis aku minum sebaik sahaja sampai di CP 4 iaitu di Persimpangan Jalan k e Tasik Memancing. Memang laluan itu memberikan satu cabaran bagi aku memandangkan usia dah 40-an tetapi dan aku ingin manghabiskan kesemua CP dengan jayanya. Ianya satu kepuasan yang tak terhingga.

Check Point 5.

Kesilapan mengundang aku. Laluan yang aku ambil seterusny untuk ke CP 5 iaitu di Taman Orkid. . aku telah memilih simpang keri menghala ke Tasik …Laluan menuruni bukit ..mulanya aku yakin jalan yang aku ambil betul .. Setelah sampai di Tasik itu aku yakin telah memilkih laluan yang salah. So aku berpatah balik mendaki bukit semula . Pengalaman yang pastinya menguji kesabaran individu samada untuk give –up atau meneruskan orienteering..Akhirnya mengambil jalan yang sama menghala ke simpang asal. Setelah memuli jalan yang aku yakin betul… akhirnya ia menemukan ramai paserta yang menghala ke lokasi CP yang sama.. Taman Orkid.. dan laluan menuju CP ini merupakan laluan yang paling sukar bukan sahaja jaraknya yang jauh malah laluannya mendaki bukit dan menuruni bukit semua. Akhirnya Taman Orkid yang dicari Berjaya ditemui. Alhamdulillah!!! Aku mengambil masa yang paling lama di laluan ini.


Hingga di sia dulu coretan kali ini bversambung di episod akan datang.... Tunggu !!!!


No comments: