Friday, October 16, 2009

Cap-sized

Cerita Pasal Capsize

Berkisar kepada pengalaman hidupku sepanjang bergelar pelajar universiti. Ini adalah tahun yang aku anggap paling mencabar bukan sahaja fizikal malahan melibatkan mental. .
Pada kali ini aku ingin mencoretkan sedikit pengalamanku sepanjang berlati berkayan dan melakukan aktiviti Capsize. Bermula dengan teori capsize yang aku pelajari bertempat di Tasik Shah Alam .. tempat yang tidak ber risiko tinggi dan aku praktikkan segala kemahiran dan ilmu yang dipelajari untuk membuat aktiviti capsize sebenarnya di tempat yang agak mencabar iaitu di Laut China Selatan.
Dengan latihan selama 1/2 hari di Tasik Shah Alam bagi aku tidak mencukupi pada mulanya memang cukup mencabar. Masa itulah hendak mempelajari mengendalikan kayak dan pada masa itu jugalah nak ber aksi dengan capsize.. Pengalaman melakukan Capsize di Tasik dengan Di Lautan Dalam agak berbeza bagi aku.

1. Faktor persekitaran dan pemandangan atau lokasi yang berbeza - Laut dan Tasik. Air laut pastinya rasa MASIN. Ini yang aku tak tahan bila air masuk ke dalam mata. Ianya sikit sebanyak menganggu penglihatan ku yang dah agak kabur diusa senja ini.Tasik yang berbau HANyir dan Payau tu rasanya memberikesan yang paling teruk pada kesihatan ku. 2 Hari pening kepala bila air tasik termasuk ke dalam hidung.Tidak seperti air laut. Walaupun mata agak rabun tapi kepuasan yang aku perolehi semasa melakukan Capsize secara life di Pulau Kapas tempohari bersama rakan-rakanku rasanya tak mungkin akan aku lupakan sepanjang hayatku.

2. Faktor angin dan Ombak - faktor ini memang tak dapat dinafikan. Lautan yang berombak dan tasik yang tenang mampu menguji seseorang dalam mangendalikan kayak dan juga untuk melakukan aktiviti capsize. Berdepan dengan lautan yang bergelora akhirnya aku mampu melakukan capsize sebanyak 3 kali. Capsize pertama dan kedua aku dan temanku berjaya naik ke atas kayak, manakala capsize yang ketiga aku hanya mampu membantu rakanku naik dan aku kehilangan tenaga dan mula 'give up' untuk naik ke atas kayak semula. Maklum sahaja baru lepas berkayak, energy belum create dalam arah lagi. Walau bagaimanapun bantuan rakan-rakan yang turut sama akhirnya berjaya membantuku naik ke atas kayak.

3. Ilmu kayak - Faktor iani perlu diambil kira untuk melakukan aktiviti lasak ini. Keselamatan perlu diutamakan . Untuk malakukan aktiviti kayak secata solo @ berteman hendaklah memastika keduanya mempunyai pengetahuan yang mendalam mengendalikan kayak dan capsize.

Pengalaman ku semasa melakukan aktiviti capsize di Pulau Kapas membantu aku supaya mempelajari cara pengendalian kayak dan capsize dengan lebih banyak. Ianya akan membantu pada masa-masa akan datang. Aku dan temanku memang sama-sama mempunyai ilmu yang cetek menganai kayak dan Capsized. Namun dengan berbekalkan ilmu yang kami ada dan dengan bantuan SIFU dan Team penyelamat serta bantun rakan - rakanku akhirnya aktiviti Capsize yang aku lakukan di Pulau Kapas tempohari dapat dilaksanakan.

Sebenarnya banyak faktor lagi yang perlu diambil kira untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan di atas air. Pengalaman yang aku alami sendiri ketika melakukan aktiviti capsize di Pulau Kapas memang Teramat mancabar walaupun Life Jacket tersarung. Kepada kenalan yang ingin melakukan aktiviti berkayak dan capsize, cari ilmu dulu dan banyakkan bertanya kepada yang mahir dalam bidang ini. Kepuasan yang akan diperolehi nanti pasti tidak mudah anda lupakan sepanjang hayat..

SO!!!! Tunggu APa Lagi!!!

JOM BERKAYAK dan JOM Buat CAPSIZE Sekali !!!!

No comments: