Sunday, September 27, 2009

Orienteering dan Cerpen



Akum jumpa lagi kekawan semua..

Kisah Orienteering:

Esok genap 7 Syawal, bermakna kita dah sambut raya 7 hari. Kepada kenalan muslimin dan muslimah diingatkan ...jangan seronok dok makan itu dan ini.. JAGA Kesihatan. Badan nak pakai lama.. Ingat tu!. Diam tak diam hari Rabu minggu ni kita semua akan menghadapi praktikal Orienteering kat Bukit Cerakah @ Cahaya Seri Alam Shah Alam Dan jangan dilupa same sekali , CERPEN hasil Nukilan masing-masing perlu di hantar tarikh tu.. ayiea ... Mane la nak ku korek idea ni!

Nak dijadikan cerita dari minggu lepas lagi I ni asyik teringatkan praktikal Orienteering 30hb je! Risau bebeno pulak. Nak pergi berhari raya pun macam tak ada mood. So sebagai persiapan awal untuk melegaklan kerisauan apa lagi, buka balik kitab orienteering dan buat balik cara mane nak guna kompas tu. Nasib baik En Hisyam bekalkan peta FRIM, bleh gak le test balik otak yang hampir-hampir berkarat ni..Ini je persiapan awal yang dapat dibuat sebab dah ada di Lembah Kelang awal , cuti tak lame pun..
Tujuan asal bukan nak menakut-nakutkan sesiapa, sebab sendiri pun ada rasa takut ma!! . Takut entah kat ape tu tak tau la. Mungkin RISAU atau dah SASAU @ tak mahir nak guna KOMPAS. Langsung tersasau. Harap-harap tak jadi apa-apa.

Cerita disebalik CERPEN......

I ni bukan dari aliran sastera yang pandai bermadah dan berseloka.. Alamak! cam no pulak nak karang cerita ni guna bahasa BAKU.. kalu bahasa pasaq, la ni juga I karang , rasanya 2 / 3 jam siap..merepek-merepek.. Tapi.... I kena ingat balik Matlamat I nak dapat markah punya pasal
So .... buat mase ni Cerpen I dah hampir siap, rasanya masuk mukasurat enam kot..terpaksa merujuk kepada buku cerpen lama yang masih tersimpan. Cerpen kisah cinta.. Tak kisahlah apa yang penting message yang nak disampaikan dalam cerpen tu difahami terutama sekali orang yang nak bagi markah la.. RISAU beno takut cerita yang dipaparkan TERSASAU dari landasan...tu je.....

Suatu pengalaman:

Pengalaman nak mereka sebuah buke cerpen memang memeritkan . Barulah I tau betapa seksanya nak mencari idea , nak mengolah dan sebagainya . dan akhirnya setelah bertungkus lumus beberapa hari .... maka..terhasillah cerpen yang tidak disangka-sangka ini. Kepada pembaca yang budiman, Cerpen tersebut akan dipaparkan di episod akan datang..

Tunggu!!!

Saturday, September 19, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini dan juga suami tercinta.. Berhati-hati semasa memandu. Ingatlah insan yang tersayang..

Diharap Syawal kali ini semua muslimin dan muslimah mendapat kerahmatan dan kenikmatan serta keceriaan kepada semua.

Kepada sahabat yang mengenali diri ini, jangan lupa exam hampir tiba dan juga CERPEN nukilan masing-masing mesti disiapkan sebelum 30hb Sept. Mane-mane sahabat yang banyak idea tu kongsi-kongsikan bersama sahabat yang lain supaya CERPEN akan menjadi 'CERPAN'.

Sekian salam Aidil Fitri buat semua kenalan yang mengenali

Daripada:
Kamisah Abd Jalal (Kak Kam)
Hussain Abdullah
Nurul Batrisyia
Nurul Insyirah
Muhammad Haziq Haikal
Nurul Syahindah

Friday, September 18, 2009

ERTI KEHIDUPAN

Maksud HIDUP:

Kita diberi peluang hidup adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah, BUKAN kepada manusia, TIDAK kepada Material dan juga sesuatu selain daripada Allah.

Guna HIDUP;
Kalau nak tahu gunanya hidup adalah untuk menggunakan akal yang dituntut oleh wahyu di dalam memuaskan keperluan jasmani dan rohani.

Erti HIDUP;

Bermaksud seseorang individu itu sanggup menerima kenyataan dunia, menikmati apa yang dapat diberikannya. Namun begitu ( Tidak boleh berlebih-lebihan ) kerana yang demikian akan merosakkan kehidupan itu sendiri.

Yang Diharapkan Dari HIDUP;

Semua perkara yang dimahukan dalam HIDUP adalah terbatas sama sekali. Segal Kesenangan, Kemewahan, Kebahagiaan dan Kesusahan adalah bersifat sementara..

Tujuan HIDUP;

Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk AKHIRAT semata-mata. Setiap amal perbuatan yang dilakukan setiap insan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan. Pengabdian kepada Allah S.W.T di dalam dunia ini akan mendapat kesenangan yang abadi , sedangkan segala pengingkaran yang dilakukan kepada Allah S.W.T akan mendapat azab seksa yang amat pedih..

Kesimpulannya ...

Insafilah diri, sentiasa memohon ampun dan maaf sesama manusia disamping Bertaubatlah kepada yang Mencipta..semoga kehidupan seharian kita sentiasa dirahmati dan mendapat keredhaan dari Nya...

Wallahu a'lam...



Sunday, September 13, 2009

Teori Orienteering





A'kum jumpa lagi..

So hari ni nak kongsi pengalaman berkaitan orienteering.. Pada tarikh 12/9/09 @ 0800 hrs bertempat di Maktab Cheras, sesi pembelajaran teori orienteering oleh pensyarah en Hisyam. Sesi yang amat menyeronokkan kerana semua student nampak terlalu excited bebeno nak tahu pasal orienteering..
So selepas teori orienteering, belajar pulak cara menggunakan Kompas diatas map yang disediakan ..mulanya belajar kompas agak keliru jugak .. nasib baik member explain . so akhirnya paham la cam no nak guna kompas atas peta nanti..terima kasih . Bab kompas ni kena beri tumpuan sebab jika tersilap nanti boleh menyebabkan sesat .. itulah yang akan berlaku jika tak study betul cara guna kompas..

Jam 11 buat praktikal di dalam kawasan Maktab, iaitu cara nak buat bearing dan distance pada group members. Memang mencabar.. kepada semua yang terlibat. Tepat jam 11.45 semua group kena cari balik check point yang telah ditampal oleh Group 6,

So dipendekkan cerita group 6 yang diketuai oleh Haron bai telah mendahului dengan kepantasan 5 minit ( 11.50) tiba di end/finish danwe all Group Mt Kinabalu (Mamak) kedua dengan catatan masa 7 minit ( 11.52) . Amat mencabar kerana mase tulah nak praktik guna kompas dengan betul .. Tahniah semua yanng berjaya ke garisan penamat..



So sebagai ingatan kepada kekawan dan diri saya sendiri, mahirkan guna kompas supaya pada 30/9/09 kat Bukit Cahaya Seri ALam nanti semua kena buat buat orienteering sorang-sorang Kena ingat tu..

Well kita jumpa nanti 30/9/09 @0800 kat Bukit Cerakah. Selamat Berhari Raya .Bersama Keluarga Tercinta. Maaf Zahir Batin dan halalkan makan minum ye..

C U!!

Tuesday, September 8, 2009

Jamuan Buka Posa


Sempena Ramadhan Al Mubarak tahun ni , student PLK telah menganjurkan jamuan berbuka poasa bertempat di Cheras Baru. Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi hadir ke jamuan tersebut . Tatamu yang hadir telah dijamu dengan hidangan berkonsep ala MAMAK & ala melayu .

Terima kasih tek terhingga kepada penaja jamuan tersebut yang sudi menaja semoga dimurahkan rezeki sentiasa..

Sebagai menghargai jamuan yang agak sempoi malam tu, pihak penganjur telah menganugerahkan satu PLAK kenang-kenangan kepada tuan empunya restoren. Terima kasih ! terima kasih !!!

Yang paling best tetamu dibenarkan untuk tapau menu yang berlebihan ... yelah nanti membazir... itu amalan syaitan. terima kasih sekali lagi... ada yang seronok sebab pagi esok dah tak payah masak. perangat lauk je buat sahur..

Semoga ikatan silaturahim dalam majlis sebegini dapat dieratkan lagi ..

Saturday, September 5, 2009

Syukur!!!! Udah selamat


Alhamdulillah !!!Selamat


Hari ini selamat sudah buat XTVT abseiling dari tkt 11 Fakulti kejutreraan Uitm. Peh!! dari awal pagi jam 8 dah da kat bawah dok bayangkan cam no nak abseil nanti..Tunggu pnya tunggu akhirnya tibalah giliran yang ditunggu-tunggu..dekat jam 11 gak lah sampai turn!..Hari ni dapat tonton la ada yang jadi spider man & girl pun ada.


Punyelah gemuruh pada awalnya tapi kuatkan semangat gak. Lagipun group members en Fauzi yang kecut perut tu dah selamat turun. Tak kan wa yang cekeding tak lepas kot!!
Pengalaman baru abseil dari tkt 11 ni merupakan XTVT paling mencabar bagi aku yang dah lame tak abseil yelah dari tahun 1997 baru la ni nak buka lembaran baru.. Itu yang paling best.. Kira record baru aa tahun 2009 ni.. Cuma tunggu XTVT lepas ni nak buat Flying fox or Rock Climbing .. Dengar bisik-bisik radio buruk they all pLK nak tukar ke Flying fox .. Almaklum jelah yang cadangkan 2 pun heavy duty members..Tapi wa tak kisah... . Mane-mane pun redah je! .barulah ada advanture ckit. ye tak? Malaysia Boleh!!!!!.

Gambar hiasan peralatan yang penting semasa XTVT abseiling. Ianya penting dalam mengendalikan peralatan supaya jangkahayat perlatan ni tahan lame ckit. Cume gambar sendiri dan semua student menyusul kmdian. Itulah pasal tadi seronok sangat nak buat abseil sampai lupa nak suruh member ambil gambar.. tapi gambo org lain ingat pulak.. lucu / kla car.



So pengalaman hari tak dapat digambarkan dalam cerita.. cume boleh dikongsikan ckit ianya sungguh menyeronokkan. Macam yang pensyarah katakan untuk rekreasi ianya bagus diadaptasikan selalu untuk membina keyakinan diri dan XTVT yang sungguh sihat utk sesi keluarga Cos ianya selamat...kalau ikut prosedur dan tatacara mengendalikannya..

Ha apa lagi PKL boleh anjurkan pertandingan Rock Climbing di lain kali Boleh gaknye..
Hingga jumpa kali... selamat berpuasa dan ber rekreasi bersama keluarga ...

Thursday, September 3, 2009

Type of PLK's Camps
























RENUNG-RENUNGKAN
Agaknye pasal ni le kamera tak di benarkan diseludup mase aktiviti bermalam di hutan belantara... Macam-macam bentuk khemah yang dibina.. Mulanya nak gak tengok gambar khemah member yang lain .. Hampeh!!!
Hello Kekawan semua
Rupanya nilah candid yang dimakludkan.. En Hisyam kot.. itu baru satu malam .
Kalau seminggu... mau ada yang dah keluar berjambang serupa tarzan moden . Itu kira ok gak..
Gambar ni wa klepet dari Blog pensyarah . Renung-renungkan kanlah khemah yang kita bina semua tu dalam kategori yang mane ye !!! Kalau ada yang nak kongsi pengalaman pasal buat khemah ni orait!! dialu-alukan sebab Khemah wa selamat dari candid snap!! Agaknya kot!!!
Well jumpa lagi kita !....

Wednesday, September 2, 2009

Ready 2 Repalling



A'kum semua. Jumpa lagi ....
Tempoh seminggu hampir berlalu. Hari yang ditunggu hampir tiba.. Esok, lusa semua student PLK kena buat exercise nak Repalling kat Bangunan Fakulti Kejuruteraan Uitm.. Nak kata tak sabar tak gak. Makin dekat hari makin ada rasa gabrah semacam plk.. macam le tak pernah buat. Ye jugak.. Tapi itu dulu 4 tingkat je... tak advanture langsung...


Inilah yang dikatakan pengalaman .. Tak semua orang ada peluang untuk melakukan aktiviti ni.. percayalah ..Tengok sajelah bangunan yang saya kembarkan ni .. Tak tinggi ke ?? Uyooh !!
Ha !!Belum cuba belum tau! Dah cuba nak try lagi... Itulah yang bestnya.. So cube lah buat paras rendah dulu kalau nak cube. Nasihat saya kepada kekawan dan sahabat yang membaca ruangan ini, sebelum nak mencuba buat aktiviti lasak ni, kena buat study pasal 'safety'. bukan saja tempat nak buat repalling tapi tali yang digunakan semasa nak buat aktiviti tupun kena study..


So di sini ada dikembarkan beberapa ikatan yang perlu dipelajari dan akan digunakan semasa buat aktiviti lasak tersebut. Kepada yang dah belajar knot tu jangan lupa buka buku balik dan study nak buat ikatan mane yang diperlukan . ( Double 8 Knot, Butterfly, mannock dll) semuanya penting untuk di pelajari supaya tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Selain persiapan diri semasa nak buat repalling perlu diingat safety di kawasan tersebut. Jangan pandai-pandai berlagak macam tau .. So tanya mane yang perlu.. Keselamatan Adalah Diutamakan. Tak kir adimana kerana MALANG TAK BERBAU!!

Ok kepada semua pembaca , kunjungi saya lagi dengan pelbagai kenagnan dan pengalaman yang akan saya ceritakan terutama berkaitan aktiviti Repalling yang akan saya lakukan pada hujung minggu ini.. SSooo JUmpa lagi..

A kum & semoga selamat semuanya ..