Tuesday, July 21, 2009

Kelas Knotting & Create Own BLOG

Assalamualaikum kekawan semua

Ini adalah Coretan semalam dari minda yang mampu ku tatapkan buat kalian semua.

Kelmarin I
hadir Kelas En Hisyam. Huh seronok bebeno rasanya nak start kelas sebab semingu sebelum tu I difahamkan dia nak ajar buat blog dan cara-cara buat ikatan.. lepas dah katam seme buat ikatan baru le boleh gi Pulau Kapas... Entah?? Pulau Perhentian Kot!.. Tapi kemane sekalipun I tak kisah.. , yang penting belajar buat ikatan tu dulu sampai khatamkan baru boleh nak join Team aktiviti Outdoor.

Nak dipendekkan cerita..Petang tu pensyarah ada tunjukkan sikit gambar aktiviti rekreasi dalam slide. Teringat lak mase I dalam National Team - Semua atlit dikehendaki membuat terjunan dari tingkat 4. Terbayang betapa gayatnya nak terjun bangunan Bomba 4 tingkat kat Pantai Dalam.. EEEEEE.. Rasanya jantung I mase tu dah tak berdenyut je masa tu.. Tapi Kalau x kerana budak 'ashma' tu rasanya I tak turun-turun ke bawah. Bagus jugak la budak 'ashma' u yang telah mencabar keberanianku. Akhirnya I berjaya turun sampai ke bawah disaksikan oleh makcik-makcik dan kanak2 kat Berek Bomba tu... Peh!! bangga betul dapat tepukan gemuruh , sampai tak sedar rupanya makcik-makcik tu ketawakan I pasal kasut yang aku pakai TERCABUT... AAhhh malunye aku... tapi tak pe akhirnya aku berjaya gak turun kat bawah.

I nak share satu lagi pengalaman semasa membuat aktiviti 'Flying Fox' @ menyeberangi Sungai Sungkai yang banyak batu-batu tu pakai tali. Tempat tu kat Sungai Sungkai Perak. Kira2 kawasan orang asli.. Kisah lucu ni berlaku dalam tahun 1996. Lame dah. Mase tu kekawan seme sekolah lagi kot . yang tua tua tu dak ada kerjaya dah.. Ha nak tau semua.. bila giliran I yang ke-3 I tukar sorang akak tu Kak Yati namenya. Kira kuat semangat gak dia. dapat buat landing yang baik. Bila tiba giliran I . yelah disebabken dalam ramai ramai tu I ni kira paling kurus cekeding tapi kira aktif sikit la... So I telah dilantik oleh penghulu untuk bawa bendera 'Pasukan WIRA'.. Bangga tu bangga la. SO mase nak terjun tu instructor tu pun menceceh entah ape bende. semua tak masuk kat otak.. kat cuping je! jadi bila diaorang gertak suruh baca lapor sebelum turun . I pun jeritlah separuh mati kat orang seberang sungai sane. I ikut je apa instruktur tu cakap sampai dia suruh baca doa makan sebelum terjun pun I ikut. So I pun meluncurlah dengan megahnya membawa Bendera 'WIRA' I akhirnya berjaya landing dengan begitu baik sekali. Rasanya lah!! dah kira baik lah.

Tup-tup sampai kat bawah Che Mat yang tunggu kat bawah tu tanya kamu baca doa makan pasal ape? Ini bukan time makan . kena tunggu yang lain selesai turun baru boleh makan. Hah! apahal pulak gaduh pasal makan.. tak ada pun I cerita pasal makan. Lastly Baru le I tau diaorang tu dah kenakan I. Punya kalut mase nak turun sampai baca doa makan pun tak sedar...

Ini sebagai ingatan kepada kekawan semua! berfikirlah dengan waras sebelum membuat sesuatu perkara terutama dalam keadaan yang terdesak. Kesannya kepada di kita sendiri. Orang lain peduli ape...

Ha! itu lah kisah lucu dan sedikit pengalaman yang I nak kongsi bersama untuk tatapan kekawan semua.

Lain kali kita sambung lagi dengan pelbagai pengalaman l sepanjang terlibat dengan aktiviti lasak @ OutDoor Recreation..

Kepada pensyarah En Hisyam. Thanks.. ilmu nak buat pelbagai ikatan / simpulan yang telah diajarkan . Diharap ianya dapat membantu dalam sesi praktikal nanti..

So! Kita jumpa lagi / Harios / Keteme Menneh.

Assalamualaikum!!!!!!..