Saturday, August 29, 2009

Sleeping In "Jungle"

Hi! Hi ! hi! jumpa lagi...

Kali ini I nak kongsi pengalaman sepanjang bermalam Hutan di Pulau Kapas bersama group 4 orang ( 1 hero tamil ngan 3 wanita)

So Petang tu selepas aktiviti 'Jungle Tracking' kami telah diarahkan untuk latihan seterusnya. Tepat jam 3 ptg semua PLK student adn E-PJJ kumpul kat tepi pantai.. So lepas ditaklimatkan oleh Cik Azilah setiap group kena bawa 'daypack' utk sesi seterusnya..(Baju sejuk, telekung, sejadah, kain pelekat, parang dan kanvas ntah muat utk 4 orang kot.. .So bila dengar je 'daypack' dah sah ini mesti kena tidur kat dalam hutan punye.. Dulu mase joint MSN pernah le buat aktiviti tu.. mulanya rilex je tak mau bgtau kat member sebab taklimat akan diberikan seterusnya.lagipun tak maula member naik takut plak....terutama Tok Penghulu Fauzi tu. Nampak je Misai tapi penakut bukan main . .pasang niat yang baik insyallah selamat...So I senyap je kat member dlm group. .lebat Kg ak takutkan yang lain..kalau cik Pah kompem tak de hal punye.
So petang tu jugak semua group diberikan barang makanan yang same ( beras, garam, telur 2, kentang, teh, kopi & mancis) . Tepat jam 4.30 ptg semua group dah ditempatkan di kaw masing2. Kami punye dekat rumah tinggalan warna biru. So dapat je lokasi terus bentang kanvas rilex le dulu.. tengah pikir & bincang ape nak buat seterusnya. Mulanya nak bentang je kanvas kat tanah. Tapi bila bagitau bukan ke kita semua dah diajar buat khemah kenapa tak praktikkan. So akhirnya semua setuju buat bumbung pakai kanvas tu . tak delah yang tidur berbumbungkan langit dan bintang...Cuak gak mas ebuat khemah . 2 ke 3 kali tukar position. Tapi yang lucunya member cari daun nak buat alas tidur , sehelai ke sehelai dipetiknya. Nasib baik ade gak daun tu lebar ckit..Jangan mare ye kawan.. We all in group happy kan.. So masing masing dah beri kerjasama... Khemah siap, unggun api dan nyala, kayu dah cari & lantai nak landing dah tersedia. Ape lagi time to masak la pulak..

Menu malam tu Chef Cik Pah punye idea. Beras x berbasuh langsung (nak jimat air) kentang tak berbasuh & telur ( all 3in 1) sekali masak. Rasenya menu malam tu tak dapat la nak bayangkan sedap x sedap .. "balun" je!!... Tapi nasib baik masak awal x de la malam2 bute nak masak.. Group lain same menu kot..

Then Matahari mengundur diri, bintang mengganti diri, kegelapan menjelma, kiri, kanan depan belakang same sahaja warnanya.... Generator di laluan masuk mulanya mengganggu suasana , tapi.. bila ia menyepi, pelbagai bunyian yang menerpa ke halwa telinga..(&^%+@!*(()_* k*roEOk ).

Mase tu mula la nak tambah kayu api buat unggun api di setiap sudut khemah. Gelap sangat Kayu x cukup. malam2 buta potong kayu .. itu lah pengalaman yang tak dapat dilupe. Ingatkan kayu yang ade cukup...hingga ke pagi..So sentri mula berganti sebab semua dah mula ngantuk. So malam tu hingga ke pagi kira semua tak cukup tido la . macam- macam bunyi ada tapi buat tak tau je. We all dok sembang macam2 cerita keluarga la, tapi langsung tak de cerita pasal HANTU !!! eee takut Maa!!! SO sembang2 sampai tak sedar hari dah larut malam jam 12 tgh mlm tu .. Jam 3 pagi dilawati pensyarah. Semua terjage takut le dia ambil candid foto, entah ape rupe masing2 nanti. Mase tu Ina sentri dan dia kejutkan En Fauzi pasal api tak mau nyala langsung.. lepas tu semua langsung tak tido sampai pagi..

Time matahari dah nak meninggi we all start sambung tido pasal air dah Zero. XTVT tak boleh banyak sangat takut dehydration pulak . Yang syoknya en fauzi dah cari tempat tido kat rumah tinggalan tu. We all lena le. dia jadi jadi jaga kat luar..
Ha kalau nak tahu we all tak tau plak yang rumah tu ada penungu. Petang tu baru tau. Dfahamkan rumah tu ada penunggu 3 beranak. En Fauzi le yang paling dahsyat.. Siap melepas kat tepi rumah tu. entah ape yang dilepas . tanya lah sendiri tuan punya diri..Dah le tu, pi ambil papan dalam rumah tu .. Berani betul... yelah tak tau berhantu... Lepas tu bila dah tahu .. kecut !!! .. Kalau upah seribu, mau x berani nye pi rumah tu lagi kot !!

Wokey la, petang tu selepas sesi perjumpaan dengan En Hisyam we all dibenarkan pulang camp dan dapat menu BUBUR LAMBUK awal Ramadhan...Sedap hingga menjilat sudu..!!
TK Kak Fouziah dan Co yang masakkan bubur tu..

So kat bawah ni ada ckit gambo cara nak ikat khemah itu "mannock' dan nak buat bara api compem malam pasti terang benderang punye khemah tuan/puan semua kalau kena gayenye.. We jumpa lagi di lain kali

Assalamualaikum

Thursday, August 27, 2009

CeriTa paSal KursuS

Dengar je kawan ajak pergi kursus mandikan mayat.. dalam kepala terbayang je wajah wajah arwah saudara yang meninggal semasa pergi melawat . Mase tu insaflah diri betapa kerdilnya diri ini di sisiNya. Takut pun ada , terbayang di mata - kalau lah aku yang terbujur itu , sapelah yang datang menjenguk , sapelah yang mandikan mayat ku.. Eh macam-macam yang terngiang-ngiang kat kepala.

Itu dulu punya cerita tahun 90-an . Tapi sekarang dah lain. Minat nak pergi kursus tu ada cuma tarikh /masa yang sering tak sesuai dengan jadual diri. maklumlah selalu kursus buat hujung minggu. Clash ngan kelas PLK pulak . Bagilah peluang kat orang lain dulu yang berminat dan ada free time. Itulah jawapan saya untuk tak menghampakan kawan. Bukan tak berminat..Kesian gak kat kawan nak cari orang gi bukannya senang walaupun kursus tu Free je.. makan/minum pun free..

Tapi saya ada sedikit nasihat kepada semua pembaca, kalau ada peluang , pergilah,. Banyak ilmu yang akan dapat ditimba. Bukan semua orang berani nak mandikan jenazah ma!! Mau! boleh pengsan kalau tak ada penggalaman mandikan janazah saudara sendiri..

Yang aku tahu mase zaman sekolah agama kat johor dulu, adelah belajar teori je. Pakai patung keras je... Ingat ingat lupe..da..... lame dah tinggal bende bende tu..Doa-doa nak mula pun lupe.. Bismillah je yang ingat.. Itu lah perlunya ilmu itu diperaktikkan .. Ye tak?

So nasihat saya, kepada yang berminat dan ada keinsafan dirinak pergi.... Alhamdulillah, semuga bila dapat paluang menghadiri kursus seumpama ini , kongsi-kongsi lah ilmu dengan orang lain. Sekurang-kurangnya ilmu itu disebarkan supaya semua tahu mangendalikan proses memandikan jenazah. Disamping itu dapatlah sedikit sebanyak memberi keinsafan kepada individu tersebut untuk bertaubat, menyedari kepada azab di akhirat sana..Na'uzubillahi min za lik..... Mintak dijauhkan api Neraka Jahanam..

**kata-kata nasihat : BertauBatlah sEbelum TerlamBAt.....

Monday, August 24, 2009

Kenangan di Pulau Kapas

A'kum jumpa lagi.
Kali ini saya nak kongsi cerita dan pengalaman sepanjang perkemahan di Pulau Kapas. So dalam ni ada saya kepilkan beberapa gambar candid student PLK..
Ha yang ini bakal jurekamera pro. tengok gaya dah tau sape dia...









Ada pulak gambar lapas berkayak kelulung Pulau Kapas . Ini stesen pertama. nampak macam letih. semua tengah soru nak cover energy yang dah hilang...

Ada gambar yang diambil masa di atas Menara Api / Rumah Api.. Sebelum meneruskan perjalanan we all buat pembacaan bearing atas peta. Ianya amat penting supaya perjalanan menjadi mudah dan lokasi yang dituju tepat.
Gambar tambahan yang ada Expedisi berkayak mengelilingi Pulau Kapas .





YANG PASTI PERKEMAHAN 6 HARI DI PULAU KAPAS TELAH MENGAMIT SERIBU KENANGAN SAMADA PAHIT,SUKA DAN DUKA PASTINYA TIDAK AKANDAPAT DILUPAKAN HINGG AKHIR HAYAT

Sunday, August 23, 2009

Explore Kapas Experience Challenge 2009 Day

Akum. Hai! jumpa lagi kita..

Kali ini saya nak cerita pasal tajuk diatas.. Ha! dengar je bunyinya macam rancangan kat TV tu! Tapi itulah kenyataannya.. Tanggal 14hb-19hb Ogos merupakan tarikh yang amat bermakna bagi semua student PKL, EPJJ dan Digree Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Uitm. Apa taknya.. tarikh tulah bermulanya satu perjalanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan penuh rintangan disulami keseronokan, dan kedukaan sepanjang berekreasi di iulau Kapas Terengganu.Bagi yang pernah mengikuti Explore Explore Challange mungkin tak rasa perih getir sepanjang perkemahan di Pulau Kapas. Tapi bagi yang langsung tak pernah mangikuti sendiri Explore experience challenge, rasanya inilah merupakan perkhemahan yang paling hebat dan penuh cabaran.

Perkemahan di Pulau Kapas merupakan salah satu perkhamehan yang manarik bagi saya kerana suasananya Bukan sahaja boleh di sebuah pulau, so aktiviti boleh ditokok - tambah dengan xtvt berkayak, snorkling, water confidence, ditambah lagi aktiviti capsize di tengah lautan dan bukannya kolam renang atau di tasik.. Cuma scuba yang tak dapat dijalankan mungkin jadual terlalu padat atau peralatan tak mencukupi.. Bagi saya semua yang dirancang oleh pensyarah mempunyai maksud dan tujuan yang tersirat dan tersurat ... Apa yang penting semua program yang dirancang dapat dijayakan dengan tersusun dan semua pihak berpuas hati, baik student sendiri mahupun pensyarah dan Fasilitator yang terlibat.

Tahniah kepada semua student PLK dan E-Pjj yang terlibat dalam perkhemahan ini kerana kerjasama yang diberikan kepada semua pasukan akhirnya membuahkan hasil yang memuaskan dan sebarang kejadian yang tidak diingini tidak berlaku..Malaysia Boleh !

Kepada pensyarah dan Fasilitator yang banyak membantu sepanjang perkhemahan ini terima kasih diucapkan. Pengetahuan dan Pengalaman dan tuan/puan kongsikan bersama dapat membantu dan meringankan kami dalam menhadapi cabaran yang datanng.. Terima kasih yang tak terhingga..dari saya

Kenangan Ramadhan Kembali Lagi

A'kum .. hai jumpa lagi..

Alhamdulillah Syukur pada Ilahi hari ini dapatlah aku menunaikan ibadah Berpuasa yang merupakan rukun Islam ke 3. Kirnya sempatkan membuat persiapan selepas pulang dari Pulau Kapas 14-19hb Ogos lalu. Persiapan menyambut Ramadhan Al-Mubarak disambut bersama keluarga tercinta di Batu Pahat. Selamat sampai hari Jumaat malam di teratak Kenari Hj Jalal sape yang tak kenal. Amat menyeronokkan. Al maklum ahlil keluarga seramai 16 orang ditambah dengan anak menantu dan cucu... tak ke macam nak runtuh rumah. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya berkeadaan baik. My parents sihat alhamdulillah cume ayahanda je yang dah tak berapa kuat nak jalan dan cicit.

Cerita pasal Bulan Ramadhan teringat saya zaman kecik2 dulu. Umur 7 tahun dah puasa penuh.. Bila time cuti sekolah je tengahari dah landing kat atas pokok rampai depan rumah. Bukan bertenggek atau bergayut tapi we al dah siap buat rumah atas pokok. Takut balik rumah berbuka puasa, so abang -abang dah buatkan pondok atas pokok rambai.So kami lepakkat atas pokok tu hingga ke petang . Nak solat pun boleh atas pokok tu.. Cume nak makan je diharamkan la waktu tu waktui bulan puasa.

Tapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Pokok rambai telah dikorbankan dek pembangunan saliran di kampung.. Sedih dan teramat sedih. Begitu juga Bulan Ramadhan bila dah di penghujung baru terasa akan kehilangannya. Sekarangny terasalah keseronokkannya. Bukan saja dapat tingkatkan amal ibadah, tumpuan pada keluarga dan kerjaya dapat dipertingkatkan. Masa nilah keakraban dikalangan keluarga dapat dijalin dan dieratkan.

Semoga Ramadham kali ini dapat ku tingkatkan amalan ibadahku dan sentiasa dimurahkan rezeki. Doaku semoga Ramadhan akan datang usia ku dipanjangkan dan amalanku diterima Insyallah...

Wednesday, August 12, 2009

persiapan diri ke Pulau Kapas


Alhamdulillah dapat bertemu lagi kali ini.

Sebenarnya coretan kali ini dah kira basi sebab isinya dah saya save dalam blog tapi tak terpapar... saya dah tahu sebabnya.. kerana buat dalam blog lain dan bukannya New Post..Terima kasih kepada Pensyarah En Hisyam kerana mamaklumkan kesilapan saya. Nak ikutkan banyak dah saya buat dlam blog tu...

baiklah kali ini saya nak paparkan isu persiapan Nak Ke Pulau Kapas kira persiapan peribadi dan untuk Group PLK.

Dipendekkan cerita, selepas dapat email pasal Journay /Trip to Pulau Kapas . Dengar nama pun rasanya dah tak sabar nak sampai sana..I ditugaskan sebagai kepala Biro Pengangkutan..Memeng dah diberi tanggungjawapb patut dilaksanakan.... So Idah mintak EN Fauzi uruskan pasal dekat nak uruskan kat PULAPOL jugak I kat Klang susah gak lagipun Power jauh benor nak melangkau selangor ke PULAPOL. W/bgaimanapun I kena ambil tahu pasal bab kenderaan ni. Kecian EN Fauzi. banyak yang dia dah bantu.
Kalau ikut perancangannya I minta 1 Bas dan 2 LORI ke. Cukup la untuk 18 org punya barang and kayak. Ha! lori macam Black Maria polis punya tu!!! Gerenti barang-barang tak jatuh dan yang penting luggage selamat sampai ke destinasi. Siap Grill lagi. Tak payah nak eskot2 benda/barang penting dalam tu.. Ha kita tunggu je la nanti bila sampai harinya nak berlapas... taulah kenderaan mane yang datang. Gerabak kot...Kasi gempak ckit kat semua penumpang.

So dalam minggu ini I buat persiapan peribadi nak ke sana. Kopak jugak le bulan ni. Banyak benda nak sewa,pinjam dan beli...kira banyak barang dah dibeli smuanya boleg diguna untuk jangka panjang..APa yang penting semasa dinsana tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada semua student PLK mahupun FullTime dan pensyarah dan team pengiring dari Uitm and PDRM Merin.

Menghitung hari nak ke Pulau Kapas .. Hari-hari packing beg adae je yang tak kena.Esok harilast sblum berlepas. Harap-harap tak ada barang yang tertinggal..walaupun list barang dah siapkan ..

Well coretan kali ini sampai disini je ! Sambung mingggu hadapan selapas kembali dari Pulau Kapas.. Insyallah...



OK Salam buat semua!! Harios !!!

Monday, August 10, 2009

LATIHAN BERKAYAK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA PEMBACA SEMUA.

SEMALAM HARI JUMAAT SAYA MENJALANI LATIHAN BERKAYAK . TEMPAT DI TASIK SHAH ALAM. PAGI TU BANGUN AWAL SEBAB NAK ANGKUT KAYAK DI FAKULTI KE TEPI TASIK. KECIAN ANAK-ANAK MENU PAGI KAT KEDAI LA..MEMANG TAK SEMPAT...SO JAM 7.15 TEPAT SAMPAI DI GYM FSR NGAN EN FAUZI AND YUS.. 1 JAM KMDIAN SELAMAT LE ANGKUT PERLATAN KAYAK KE TEPI TASIK..KIRA DAH CUKUP WARM UP LA PAGI TU SBLEUM BERKAYAK. SBLUM MEMULAKAN SESI LATIHAN WE ALL SEMUA DENGAR TAKLIMAT DARI EN HISYAM TAKUT TAKUT ADA KEJADIAN YANG TAK DIINGINI BERLAKU..SO SEMUA KENA FOKUSS. LAGIIPUN ADA PART YANG KENA INGAT PADA BAHAGIAN KAYAK..

SESI LATIHAN HARI ITU SANGAT MENYERONOKKAN DAN RASANYA AMAT BERBEZA BERKAYAK KAT LAUT DENGAN KAT TASIK. DULU TAHUN 1996 ADA LE SEKALI KENA BERKAYAK KAT PASIR PANJANG N. SEMBILAN PARTNER DENGAN ATLIT HANAFIAH NASIR .. TAPI DIA PRO SIKIT PASAL HANDLE KAYAK. SAYA CUME TAU KEYAK JE TU YANG JADI JUARA ..OMBAK LAUT GANAS SIKIT . INIKAN PILA LAUT CINA SELATAN ...SO PENGALAMAN HARI TU MULA-MULA NAIK AGAK GAYAT JUGA, TAPI LAMA KELAMAAN OK BILA KAYAK DAH MULA BERGERAK. PAKAI LIFE JACKET ADALA CONFIDENT SIKIT. SEPANJANG LATIHAN BEKAYAH DAH MULA BOLEH KAWAL RENTAK.. APA YANG DAPAT SAYA BELAJAR HARI TU IALAH PERLUNYA 'PERSEFAHAMAN' SEMASA MENGENDALIKAN KAYAK. KALAU TAK TAK SAMPAI LE TEMPAT YANG NAK DITUJU.

PALING MENYERONOKKAN MASA JATUH DARI KAYAK DENGAN PARTNER SEKALI. DAPAT PARTNER SAIZ BESAR.. KECIAN KAK INA.. JANGAN MARAH YA!!!! TAPI AKHIRNYA BERJAYA JUGA NAIK SEMUALA ATAS KAYAK. MASE TULAH PERLUNYA KERJASAMA DAN PERSEFAHAMAN SESAMA AHLI. LEPAS TU BANTU YATII NAIK KAYAK PASAL KAKI DIA DAH CRAMP..BARU LE RASE MACAMANE NAK SELAMATKAN ORG LAIN ... SO LATIHAN HERI DAPAT GAK LE RASE AIR TASIK SAMPAI PENING BEREJAM-JAM LEPAS TU.. TAPI SO FAR LATIHAN TERSEBUT RASANYA AMAT MEMBANTU BILA NAK BERKAYAK KE PULAU KAPAS MINGGU DEPAN... INSYALLAH!!!

SEKIA CORETAN PASA KALI INI. PS/ PHOTO SEMASA LATIHAN BERKAYAK MENYUSUL KEMUDIAN.

SEBELUM BERGERAK KE KAPAS ISLAND SAYA MOHON KEHADRAT ILAHI AGAR PERJALANAN KITA SEMUA NANTI DIBERKATI DAN SEJAUHKAN DARI SEBARANG BENCANA DAN HALANGAN...SEMOGA SEMUA YANG TERLIBAT KE PULAU KAPAS NANTI SELAMAT PERGI DAN BALIK SEMUALA KE UITM.

INSYALLAH!! DAN JUMPA LAGI

Sunday, August 9, 2009

Latihan Water Confident



SEHARI DI KOLAM RENANG
Assalamualaikum !! kekawan semua

Kita bertemu lagi.. Kali ini I nak coretkan sedikit pengalaman I menjalani latihan renang di Kampus. Al maklum je lah.. lagi 2 minggu I punya group nak gi Ke Pulau Kapas..So semua kena attend class renang, takut ada yang tak sampai kat pulau Kapas GAYAT Kat AIR KOT!!

So last Saturday semua member dalam group I dapat le merasa kolam renang kat Fakulti. So Tengahari tu kolam renang hanya kanak-kanak yang baru belajar berenang. Tak le ramai sangat..Tapi group I masuk kat dalam kolam tu macam orang kampung yang dah lame tak jumpa air...KECOH!! maklum je la.. bukan semua dalam group tu tau benenang..termasuk le I sendiri. I ni kalau ikutkan masuk kolam renang bias jugak le tapi jaga anak takut lemas je. Ala.. kolam 3 kaki je.. Kalau 5 kaki tu ad konfiden sikit nak berenang, sebab kaki jejak lantai.. Tapi I ni ajar macam mane pun memang kuak lentang je yang senang sebab cuma baringkan diri macam orang pengsan. Itu je yan I senang belajar.


So Latihan renang hari tu Pensyarah Che Hisyam adalah ajar buat TEKNIK PEKRNAFASAN TEKNIK APUNGAN KICKING,TERJUNAN yang betul dan MENYELAMAT. Ha yang ini agak lucu bebeno..rasanya nak baling teli nak selamatkan orang tu nampak senang Tapi SUSAH juga kalau tak buat latihan. I buat sampai ke sudah tali tak sampai kat mangsa..( 5 kali kot) .. Ha!! Itu yang I kena mahirkan iaitu cara balingan tali dan Tak Lupa pijak tali supaya tali tak terlepas terus kat mangsa..

Pada I latihan di kolam renag tu banyak kebaikannya.. kepada yang langsung takut kat air atau senagn cerita tak tau berenang ada yang dah dapat je sikit tau cara nak terjun, cara bernafas, nak apungkan diri.. Betullah kata pensyarah latihan bereneg perlu ada dalam Sylibus . Terasa rugi bila tak dapat diadakan kelas renang tu. Pensyarah tak rugi Tapi Student la yang banyak Rugi..

Di akhir sesi latihan ada pulak members yang buat lawak .. kat 3 meter pun masih nak pegang dinding kolam renang... Lucu!! memang Lucu...

Peh!! panjang gak coretan akak kali ini. Maklum jelah kalau nak cerita panjang takut tak sedar diri dan melalut.. Ini kisah benar. Bukan main-main..

Tapi sepanjang I jalani latihan renag tu dapat la sedikit ilmu yang I tak pernak belajar pun. Ilmu walau dimana kita dapat / belajar.. ada masa dan ketikanya .. ianya akan diperlukan.. Itulah yang I perlu dijadikan ingatan. Insyallah dan ALhamdulillah sepanjang latihan tersebut dapat membatu sedikit sekurang2nya dapat kurangkan GABRAH TAKUT KAT AIR !! bukan saje I tapi semua group yang hadir.

Well!!! kekawan semua.. Rasanya sampai di sini saje coretan kali ini. Minggu hadapan kita jumpa lagi di lain coretan

Friday, August 7, 2009

Malu Bertanya Sesat Jalan

Akum kekawan seme..

I rasa hari ini hari yang paling malang dan mamalukan betul.Ini seme gaga-gara Malu Bertanya Sesat Jalan. tapi I bukan malu... cuma I tak tahu apa yang I tak tahu..

Nak di pendekkan cerita.. hari ini ada jumpa dengan pensyarah Outdoor Recreation . Tujuan asal nak anbil khemah..tapi difahamkan ada group lain yang pinjam.. So tak sempat nak basuh la . bau pun bau la khemah.ape nak buat.!Tahan je la hidung... .. Mase jenguk je muka kat pejabat dia terus disapenya PASAL APA TAK UPDATE BLOG.. .
HAH !pelik ..Lantas dengan muke selambe je I pun jawab " up to date tu! tengok le sape punye. jam 3 pagi tak tido lagi tu!!" EE!!! malu nya I. mase tu nak kabo je kat pensyarah seingat I dah 3 cerita dah I karang dalam blog I tapi pelik gak bila dia tanya kenape tak update!!!Terkeluar juga soalan tu tapi ada nada pelik. sebab tengok bolg pensyarah OK je. boleh tengiok org lain punya. Tapi I punya SOLO je Tu yamg pelik...

Ini satu pengajaran buat I supaya rajin bertanya baru betul jalannya.

Sorry wahai pensyarah yang baik hati...
Makcik ni mati-mati ingat semua cerita yang dikarang ada orang bace rupanya makcik SYOK SENDIRI...Hari ini dapat satu ilmu cara mane nak insert picture ke dalam bolg.. Untung datang awal hari ini tau..dapat satu ilmu..kalau I tak dapat insert gambar bukan ape semua kerana komputer I baru 4 hari format semula pasal banyak hantu VIRUS H1N1 yang dah melekat susah nak hapuskan So Format je!!


So nasib baik hari ini tiada kelas OutdoorRecreation..dapat le repair blog yang entah ape-ape. Harap-harap semua cerita yang lame boleh copy kasi senang kerja sikit....

Esok ada kelas ( Kayak ) .Difahamkan seme student kena attend jam 7 pagi dah ada kat fakulti.. Confirm malam ni tak tido, nak siapkan peralatan, blog dan baju sekolah anakanda ..

Harap-harap kelas Kayak esok tak jadi ape-ape . Insyallah bekat doa semua.

kepada kekawan semua selamat berkayak esok. Kita tengok sape yang kena.....