Friday, October 23, 2009

Cabaran EXAM !!!

Exam !!!

Alamak rasanya baru 2 ke 3 minggu je! belajar.. Dah dekat nak exam la pulak. Macam tak cukup masa je.!!@ Macam mimpi pulak. Macam ni lah aku setiap sem. Sempat tak sempat aku kena study hard. Nak buat study group member tak cuti lagi. Walaumacamana sekalipun perjuangan perlu diteruskan, dan aku perlu berusaha lebih sikit untuk memperbaiki lagi CGPA atau paling tidak maintain GPA macam sem lepas. 3.1 Kot. Aku kena ada target untuk sem ni maklum lah dah nak di penghujung sem dah..

Kalau nak fikir masalah , semua orang ada masalah masing-masing. So mulai hari ini dan hari yang seterusnya sampai 8/10, agak padat ngan jadual sendiri yang dah dirancang. Harap-harap bos kat office faham. Tapi aku sure dia mesti kacau punye. Seminggu cuti Deepavali aku langsung tak kacau dia dan dah cover di banyak hal kat office, tak cukup ka!. Mmmmm!! macam ni la aku setiap Sem.

Apa yang aku sungguh risau subjek Law. Pelik rasanya, sepanjang pensyarah mengajar memeng tak nafikan aku memang tak pernak ngantuk. Memang cukup minat nak dengar sebab aku tak faham sangat loghat dia. Wal hal dah bertahun lalui bab undang undang dalam tugas harian , tapi masih tak mahu lekat pulak seksyen2 law kat kepala. Kena pulak subjek law mane boleh buat law sendiri masa menjawap. Itulah pesanan dia .. Kena hafal dan faham ayat ikut buku. Itu la yang merisaukan aku ni..takut terrrrbuat law sendiri masa menjawab....Harap-harap tak berlaku la!

Memang besar harapanku pada hujung -hujung sem ni dapatlah ketenagan sikit semasa hadapi peperiksaan. Untuk mengekalkan prestasi anda maintain 3. point something untuk orang macam aku ni kena usaha lebih sikit . Maklum oreng lama. Wel kepada rakan-rakan ku selamat mengulangkaji.. Semoga dapat menjawap dengan tenang...dan pastikan semua berjaya dengan cemerlang.....

Kepada pensyarah -pensyarah yang banyak mencurahkan ilmu sepanjang Sem ini Ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa dan bakti yang telah dicurahkan..

Kepada rakan-rakanku, selamat menghadapi kertas peperiksaan.

No comments: