Saturday, October 17, 2009

Low Rope Course


Low Rope Course.

Kali pertama dalam sejarah hidupku, aku pelajari cara-cara hendak mengendalikan Low Rope Course. Walaupun masih banyak yang perlu aku pelajari, sekurang-kurangnya apa yang aku telah pelajari ini membantu aku secara asasnya cara nak memasang tali pada pokok supaya ikatan kuat dan tegang.

Pada 3/10/09 hari Sabtu lalu bertempat di Belakang Kolam Renang Uitm Shah ALam aku dan rakan-rakan PLK yang lain dikehendaki memasang tali pada pokok. Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan utama. Setiap kumpulan dikehendaki membuat beberapa laluan yang bagi aku memang mencabar kepada peserta iaitu Monkey Cross, Postman Walk, Bawkwaor cross and Criss Cross.


1. Postman Walk.

Ini adalah rentangan tali yang kumpulan aku telah undi. laluan inilah yang akan dilalui oleh peserta lain. Masa itulah diperaktikkan ilmu ikatan yang telah dipelajari ( Butterfly , Half Hitch, Mannock, Clove Hitch dsb). Namun Kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan dan dengan bantuan tunjuk ajar pelajar senior akhirnya tali yang direntang diantara dua pokok disahkan oleh Lecture selamat untuk digunakan. . Terkial-kial juga pada mulanya, hampirlah nak berbelit jari jugalah...Tapi memang mencabar semua peserta dan ketua kumpulan en Fauzi terpilih untuk membuat ujian ke atas keutuhan rentangan tali tersebut. Pensyarah berpuashati dan kami Happy.

2.Foward Travers.

Laluan tali yang dibuuat oleh kumpulan kedua. Agak mudah untuk membuat rentangan tali ini tetapi nak lalu MEMANG TERCABAR. Ada yang hampir nak kantoi pun ade. Aku kot?.. Pengalaman aku sendiri ketika melalui rentangan tali ini. Dah melecet pulak dan pergelangan tangan dan aku hanya sedar bila pulang ke rumah .. apasai rasa pedih kat tangan ni? Ehm memang sah tak. Ni pasal tak ikut cakap sifu . Tali lalu belakang badan.. bukan lilit kat tangan ... Sabo je lah .. Sendiri tanggung ma!...Kesudahan nya semua berjaya merentangi walaupun ada yang ciluk..hampir tergolek dok !!

3. Criss Cross

Laluan / tali rentang yang dibuat oleh kumpulan ketiga. Kusangka mudah rupanya sukar bukan sahaja untuk membuat ikatan tersebut malahan untuk menyeberangi tali tersebut perlu melalui persimpangan tali. Takut tersepit Beb! . Tapi sepanjang Latihan tu semua peserta berjaya melalui rentangan tali tersebut dengan jayanya.

4. Monkey Cross

Laluan pertama yang perlu dilalui oleh setiap peserta PLK. Laluan yang nampak mudah tapi jika berat badan agak 'heavy' agak sukar dan perlukan bantuan kekawan untuk melepasinya. Peluang ini aku gunakan untuk meluncur dengan pantas kerana lapisan seluar dan stokin yang aku pakai membantuku mempercepatkan laluan. Tali jarak dekat bleh le.. kalau jauh jarak, mau terbakar seluar.. So Jangan tiru macam aku ye! monkey tak pernah bergayut cam tu beb!!.

Keseluruhannya sepanjang Low Rope Course pagi itu akhirnya berjaya dan semua perserta PLK namaknya kehilangan banyak tenaga untuk membuat ikatan rentangan tali tersebut dan kemudian memalui semua laluan yang telah dibuat.. Memang Mencabar beb!!!

Ini sahaja pengalaman yang dapat aku kongsikan bersama pembaca semua semua. Mungkin jika berpeluang pada masa-masa akan datang aku bercadang ingin mendalami lagi aktiviti yang lasak seperti ini. Pastinya memberikan ku satu kepuasan yang tak terhingga..dan akan aku kongsikan bersama pembaca semua.

Nak Join Sekali Ke?.. Jom Pi Jumpa PERLU. Camno nak Join. Tapi lepas Sem 8 la!

WOKEY!! Jumpa Lagi..

No comments: