Thursday, October 15, 2009

KNOTTING TEST


CLOVE HITCH PENYELAMAT KU !!


Pada 3/10/09 jam 8.30 pagi aku dah siap terpacak kat parking Kolam Renang Uitm.. Hujan Gerimis sejak dari pagi semasa bertolak dari pel Klang.. Alamt aktiviti hari ini dpat ke dijalankan . Apa yang aku tahun kalau nak buat aktiviti Low Rope tali tak boleh kena hujan .. Licin pun ye. tali x boleh kena hujan.. Jam 9.00 mula datang sornag-sorang kekawan dari KL dan Shah Alam.. Semangat naka pasang tali dan lalu atas tali hari tu amat berkobar-kobar.. sampai lupa tali entak letak kat mane.. dah hilang...

So pagi tu sebelum Sifu datang aku buat latihan buat ikatan yang telah dipelajari sebab ada test buat ikatan katanya.. So hari ini rasanya ada satu ilmu yang baru aku pelajari iaitu buat Clove Hitch dan ikat pada tiang. Selama aku belajar semua ikatan dibuat atas tangan pada kerusi dulu pun aku dah lupe.Lagi pun yang selalu buat ikat kat pergelangan tangan je tak perasan pun bentuk ikatan tu.. Ha Ha Ha itu bahana belajar tak sampai KHATAM .....

Sementara tunggu hujan berhenti.. Sifu nak buat test Knotting....10 minit awal tu.. bentang balik tali ..Puas sudah kelebek tali tu dah naik keras plak dah.. So Aku dalam group pertama .. So Sure gabrah punye... Ia Memang terjadi kat aku. 1 minit masa yang dibagi rasanya macam 20 saat je.. ... Yang aku kecewa pasal Double Fisherman Knot.. Memula tu dah buat betul tapi asyik terbuka je..Sudahnya 2 ikatan yang aku buat dapat markah separuh.. Puncanya tali kontot ngan ikatan tak kemas.. semua markah aku dapat macam tak puas hati Tapi kalau kaji memang salah sendiri dan memang aku gabrah masa tu.. Nasib aku agak baik sikit hari tu ikatan Clove Hitch membantu aku tambah markah yang dah hilang. Kalau tak.. confirm total 16.5 tolak 5 markah. Sendiri kira la.. Pengalaman...Salah sendiri

Yang pasti Knot yang aku belajar tak akan aku lupakan dan aku pun telah ajar anak-anak,anak buah dan mak bapak diaorang. Seronok pulak depa belajar tali tu.. Bukan apa setahu aku ilmu yang berfaedah kalau kita ajar kepada orang lain kita yang dapat ganjaranya (urusan Tuhan la) dan yang penting ilmu tu tak akan pupus begitu sahaja..YE TAK??

No comments: