Saturday, August 29, 2009

Sleeping In "Jungle"

Hi! Hi ! hi! jumpa lagi...

Kali ini I nak kongsi pengalaman sepanjang bermalam Hutan di Pulau Kapas bersama group 4 orang ( 1 hero tamil ngan 3 wanita)

So Petang tu selepas aktiviti 'Jungle Tracking' kami telah diarahkan untuk latihan seterusnya. Tepat jam 3 ptg semua PLK student adn E-PJJ kumpul kat tepi pantai.. So lepas ditaklimatkan oleh Cik Azilah setiap group kena bawa 'daypack' utk sesi seterusnya..(Baju sejuk, telekung, sejadah, kain pelekat, parang dan kanvas ntah muat utk 4 orang kot.. .So bila dengar je 'daypack' dah sah ini mesti kena tidur kat dalam hutan punye.. Dulu mase joint MSN pernah le buat aktiviti tu.. mulanya rilex je tak mau bgtau kat member sebab taklimat akan diberikan seterusnya.lagipun tak maula member naik takut plak....terutama Tok Penghulu Fauzi tu. Nampak je Misai tapi penakut bukan main . .pasang niat yang baik insyallah selamat...So I senyap je kat member dlm group. .lebat Kg ak takutkan yang lain..kalau cik Pah kompem tak de hal punye.
So petang tu jugak semua group diberikan barang makanan yang same ( beras, garam, telur 2, kentang, teh, kopi & mancis) . Tepat jam 4.30 ptg semua group dah ditempatkan di kaw masing2. Kami punye dekat rumah tinggalan warna biru. So dapat je lokasi terus bentang kanvas rilex le dulu.. tengah pikir & bincang ape nak buat seterusnya. Mulanya nak bentang je kanvas kat tanah. Tapi bila bagitau bukan ke kita semua dah diajar buat khemah kenapa tak praktikkan. So akhirnya semua setuju buat bumbung pakai kanvas tu . tak delah yang tidur berbumbungkan langit dan bintang...Cuak gak mas ebuat khemah . 2 ke 3 kali tukar position. Tapi yang lucunya member cari daun nak buat alas tidur , sehelai ke sehelai dipetiknya. Nasib baik ade gak daun tu lebar ckit..Jangan mare ye kawan.. We all in group happy kan.. So masing masing dah beri kerjasama... Khemah siap, unggun api dan nyala, kayu dah cari & lantai nak landing dah tersedia. Ape lagi time to masak la pulak..

Menu malam tu Chef Cik Pah punye idea. Beras x berbasuh langsung (nak jimat air) kentang tak berbasuh & telur ( all 3in 1) sekali masak. Rasenya menu malam tu tak dapat la nak bayangkan sedap x sedap .. "balun" je!!... Tapi nasib baik masak awal x de la malam2 bute nak masak.. Group lain same menu kot..

Then Matahari mengundur diri, bintang mengganti diri, kegelapan menjelma, kiri, kanan depan belakang same sahaja warnanya.... Generator di laluan masuk mulanya mengganggu suasana , tapi.. bila ia menyepi, pelbagai bunyian yang menerpa ke halwa telinga..(&^%+@!*(()_* k*roEOk ).

Mase tu mula la nak tambah kayu api buat unggun api di setiap sudut khemah. Gelap sangat Kayu x cukup. malam2 buta potong kayu .. itu lah pengalaman yang tak dapat dilupe. Ingatkan kayu yang ade cukup...hingga ke pagi..So sentri mula berganti sebab semua dah mula ngantuk. So malam tu hingga ke pagi kira semua tak cukup tido la . macam- macam bunyi ada tapi buat tak tau je. We all dok sembang macam2 cerita keluarga la, tapi langsung tak de cerita pasal HANTU !!! eee takut Maa!!! SO sembang2 sampai tak sedar hari dah larut malam jam 12 tgh mlm tu .. Jam 3 pagi dilawati pensyarah. Semua terjage takut le dia ambil candid foto, entah ape rupe masing2 nanti. Mase tu Ina sentri dan dia kejutkan En Fauzi pasal api tak mau nyala langsung.. lepas tu semua langsung tak tido sampai pagi..

Time matahari dah nak meninggi we all start sambung tido pasal air dah Zero. XTVT tak boleh banyak sangat takut dehydration pulak . Yang syoknya en fauzi dah cari tempat tido kat rumah tinggalan tu. We all lena le. dia jadi jadi jaga kat luar..
Ha kalau nak tahu we all tak tau plak yang rumah tu ada penungu. Petang tu baru tau. Dfahamkan rumah tu ada penunggu 3 beranak. En Fauzi le yang paling dahsyat.. Siap melepas kat tepi rumah tu. entah ape yang dilepas . tanya lah sendiri tuan punya diri..Dah le tu, pi ambil papan dalam rumah tu .. Berani betul... yelah tak tau berhantu... Lepas tu bila dah tahu .. kecut !!! .. Kalau upah seribu, mau x berani nye pi rumah tu lagi kot !!

Wokey la, petang tu selepas sesi perjumpaan dengan En Hisyam we all dibenarkan pulang camp dan dapat menu BUBUR LAMBUK awal Ramadhan...Sedap hingga menjilat sudu..!!
TK Kak Fouziah dan Co yang masakkan bubur tu..

So kat bawah ni ada ckit gambo cara nak ikat khemah itu "mannock' dan nak buat bara api compem malam pasti terang benderang punye khemah tuan/puan semua kalau kena gayenye.. We jumpa lagi di lain kali

Assalamualaikum

No comments: