Sunday, August 23, 2009

Explore Kapas Experience Challenge 2009 Day

Akum. Hai! jumpa lagi kita..

Kali ini saya nak cerita pasal tajuk diatas.. Ha! dengar je bunyinya macam rancangan kat TV tu! Tapi itulah kenyataannya.. Tanggal 14hb-19hb Ogos merupakan tarikh yang amat bermakna bagi semua student PKL, EPJJ dan Digree Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Uitm. Apa taknya.. tarikh tulah bermulanya satu perjalanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan penuh rintangan disulami keseronokan, dan kedukaan sepanjang berekreasi di iulau Kapas Terengganu.Bagi yang pernah mengikuti Explore Explore Challange mungkin tak rasa perih getir sepanjang perkemahan di Pulau Kapas. Tapi bagi yang langsung tak pernah mangikuti sendiri Explore experience challenge, rasanya inilah merupakan perkhemahan yang paling hebat dan penuh cabaran.

Perkemahan di Pulau Kapas merupakan salah satu perkhamehan yang manarik bagi saya kerana suasananya Bukan sahaja boleh di sebuah pulau, so aktiviti boleh ditokok - tambah dengan xtvt berkayak, snorkling, water confidence, ditambah lagi aktiviti capsize di tengah lautan dan bukannya kolam renang atau di tasik.. Cuma scuba yang tak dapat dijalankan mungkin jadual terlalu padat atau peralatan tak mencukupi.. Bagi saya semua yang dirancang oleh pensyarah mempunyai maksud dan tujuan yang tersirat dan tersurat ... Apa yang penting semua program yang dirancang dapat dijayakan dengan tersusun dan semua pihak berpuas hati, baik student sendiri mahupun pensyarah dan Fasilitator yang terlibat.

Tahniah kepada semua student PLK dan E-Pjj yang terlibat dalam perkhemahan ini kerana kerjasama yang diberikan kepada semua pasukan akhirnya membuahkan hasil yang memuaskan dan sebarang kejadian yang tidak diingini tidak berlaku..Malaysia Boleh !

Kepada pensyarah dan Fasilitator yang banyak membantu sepanjang perkhemahan ini terima kasih diucapkan. Pengetahuan dan Pengalaman dan tuan/puan kongsikan bersama dapat membantu dan meringankan kami dalam menhadapi cabaran yang datanng.. Terima kasih yang tak terhingga..dari saya

No comments: