Sunday, August 23, 2009

Kenangan Ramadhan Kembali Lagi

A'kum .. hai jumpa lagi..

Alhamdulillah Syukur pada Ilahi hari ini dapatlah aku menunaikan ibadah Berpuasa yang merupakan rukun Islam ke 3. Kirnya sempatkan membuat persiapan selepas pulang dari Pulau Kapas 14-19hb Ogos lalu. Persiapan menyambut Ramadhan Al-Mubarak disambut bersama keluarga tercinta di Batu Pahat. Selamat sampai hari Jumaat malam di teratak Kenari Hj Jalal sape yang tak kenal. Amat menyeronokkan. Al maklum ahlil keluarga seramai 16 orang ditambah dengan anak menantu dan cucu... tak ke macam nak runtuh rumah. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya berkeadaan baik. My parents sihat alhamdulillah cume ayahanda je yang dah tak berapa kuat nak jalan dan cicit.

Cerita pasal Bulan Ramadhan teringat saya zaman kecik2 dulu. Umur 7 tahun dah puasa penuh.. Bila time cuti sekolah je tengahari dah landing kat atas pokok rampai depan rumah. Bukan bertenggek atau bergayut tapi we al dah siap buat rumah atas pokok. Takut balik rumah berbuka puasa, so abang -abang dah buatkan pondok atas pokok rambai.So kami lepakkat atas pokok tu hingga ke petang . Nak solat pun boleh atas pokok tu.. Cume nak makan je diharamkan la waktu tu waktui bulan puasa.

Tapi semua itu hanya tinggal kenangan sahaja. Pokok rambai telah dikorbankan dek pembangunan saliran di kampung.. Sedih dan teramat sedih. Begitu juga Bulan Ramadhan bila dah di penghujung baru terasa akan kehilangannya. Sekarangny terasalah keseronokkannya. Bukan saja dapat tingkatkan amal ibadah, tumpuan pada keluarga dan kerjaya dapat dipertingkatkan. Masa nilah keakraban dikalangan keluarga dapat dijalin dan dieratkan.

Semoga Ramadham kali ini dapat ku tingkatkan amalan ibadahku dan sentiasa dimurahkan rezeki. Doaku semoga Ramadhan akan datang usia ku dipanjangkan dan amalanku diterima Insyallah...

No comments: