Thursday, August 27, 2009

CeriTa paSal KursuS

Dengar je kawan ajak pergi kursus mandikan mayat.. dalam kepala terbayang je wajah wajah arwah saudara yang meninggal semasa pergi melawat . Mase tu insaflah diri betapa kerdilnya diri ini di sisiNya. Takut pun ada , terbayang di mata - kalau lah aku yang terbujur itu , sapelah yang datang menjenguk , sapelah yang mandikan mayat ku.. Eh macam-macam yang terngiang-ngiang kat kepala.

Itu dulu punya cerita tahun 90-an . Tapi sekarang dah lain. Minat nak pergi kursus tu ada cuma tarikh /masa yang sering tak sesuai dengan jadual diri. maklumlah selalu kursus buat hujung minggu. Clash ngan kelas PLK pulak . Bagilah peluang kat orang lain dulu yang berminat dan ada free time. Itulah jawapan saya untuk tak menghampakan kawan. Bukan tak berminat..Kesian gak kat kawan nak cari orang gi bukannya senang walaupun kursus tu Free je.. makan/minum pun free..

Tapi saya ada sedikit nasihat kepada semua pembaca, kalau ada peluang , pergilah,. Banyak ilmu yang akan dapat ditimba. Bukan semua orang berani nak mandikan jenazah ma!! Mau! boleh pengsan kalau tak ada penggalaman mandikan janazah saudara sendiri..

Yang aku tahu mase zaman sekolah agama kat johor dulu, adelah belajar teori je. Pakai patung keras je... Ingat ingat lupe..da..... lame dah tinggal bende bende tu..Doa-doa nak mula pun lupe.. Bismillah je yang ingat.. Itu lah perlunya ilmu itu diperaktikkan .. Ye tak?

So nasihat saya, kepada yang berminat dan ada keinsafan dirinak pergi.... Alhamdulillah, semuga bila dapat paluang menghadiri kursus seumpama ini , kongsi-kongsi lah ilmu dengan orang lain. Sekurang-kurangnya ilmu itu disebarkan supaya semua tahu mangendalikan proses memandikan jenazah. Disamping itu dapatlah sedikit sebanyak memberi keinsafan kepada individu tersebut untuk bertaubat, menyedari kepada azab di akhirat sana..Na'uzubillahi min za lik..... Mintak dijauhkan api Neraka Jahanam..

**kata-kata nasihat : BertauBatlah sEbelum TerlamBAt.....

No comments: