Friday, September 18, 2009

ERTI KEHIDUPAN

Maksud HIDUP:

Kita diberi peluang hidup adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah, BUKAN kepada manusia, TIDAK kepada Material dan juga sesuatu selain daripada Allah.

Guna HIDUP;
Kalau nak tahu gunanya hidup adalah untuk menggunakan akal yang dituntut oleh wahyu di dalam memuaskan keperluan jasmani dan rohani.

Erti HIDUP;

Bermaksud seseorang individu itu sanggup menerima kenyataan dunia, menikmati apa yang dapat diberikannya. Namun begitu ( Tidak boleh berlebih-lebihan ) kerana yang demikian akan merosakkan kehidupan itu sendiri.

Yang Diharapkan Dari HIDUP;

Semua perkara yang dimahukan dalam HIDUP adalah terbatas sama sekali. Segal Kesenangan, Kemewahan, Kebahagiaan dan Kesusahan adalah bersifat sementara..

Tujuan HIDUP;

Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk AKHIRAT semata-mata. Setiap amal perbuatan yang dilakukan setiap insan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan. Pengabdian kepada Allah S.W.T di dalam dunia ini akan mendapat kesenangan yang abadi , sedangkan segala pengingkaran yang dilakukan kepada Allah S.W.T akan mendapat azab seksa yang amat pedih..

Kesimpulannya ...

Insafilah diri, sentiasa memohon ampun dan maaf sesama manusia disamping Bertaubatlah kepada yang Mencipta..semoga kehidupan seharian kita sentiasa dirahmati dan mendapat keredhaan dari Nya...

Wallahu a'lam...



No comments: